Wednesday, July 11, 2018

Siapakah Saya🙎



Assalammualaikum, saya Noorhasima Binti Noordin, saya dilahirkan pada 21 Mei 1976 di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Merupakan anak kedua dari 6 adik beradik 4 perempuan lelaki. Bapa saya Noordin bin Din seorang guru dan ibu saya seorang suri rumahtangga yang sangat aktif dalam dunia politik dan persatuan Ibu Tunggal. Bapa saya telah meninggal pada tahun 1989 pada usia saya 13 tahun kerana mengidap penyakit lemah jantung. 

Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Talang dari darjah satu sehingga darjah 6 dan menyambung alam persekolah menengah di Sekolah Perempuan Raja Kalsom dari tingkat 1 hingga tingkat 5.

Alam Sekolah

                                   Lencana ekolah Kebangsaan Talang, Perak.jpg
Sekolah rendah hanya terletak 5 kilometer daripada sekolah. Perjalanan dengan kereta hanya mengambil masa 5-7 minit. Kebiasaanya ibu yang mengantar  sekolah. Apabila saya sudah pandai berdikari saya pergi sekolah sendiri dengan menaiki basikal. Zaman sekolah rendah sangat aktif dalam pelbagai jenis sukan dari balapan hingga hoki, bola jaring dan bola tampar ke peringkat mewakili sekolah.

Saya juga diberi tanggungjawab oleh Cikgu Wahid untuk menjaga kelas sebagai penolong kelas dari darjah 4 hingga darjah 6. Adik beradik semua sekolah di sini sehinggakan anak-anak mereka.

Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar Bandar Di Raja. Saya sangat aktif dalam dunia sukan terutama hoki dan mewakili sekolah. Saya juga memegang jawatan sebagai Pengawas Perpustakaan.

Alam Remaja

Selepas tamat persekolah, 18 tahun hingga berumur 21 tahun saya hanya bermain hoki dan menetap di Ipoh bersama kawan-kawan hoki. Persatuan Hoki Wanita Negeri Perak telah mendapatkan saya pekerjaan sebagai seorang kerani di Kolej Premier Yayasan Negeri Perak.

Alam Pekerjaan

Saya bekerja di Kolej Premier Yayasan Negeri Perak hanya 6 bulan sebelum mendapat tawaran bekerja di sekarang Utilities iaitu Tenaga Nasional Berhad pada tahun 1997 sehingga sekarang sebagai kerani hingga jawatan Ketua Kerani.

Perkahwinan

saya diketemukan jodoh pada usia 28 tahun dengan jejaka ragbi dari Singapura. Abdul Razak Bin Arshad dan kami dikurniakan 2 cahaya mata lelaki. Sulung bernama Abdul Haq 14 tahun dan Muhammad Afiq 12 tahun.

Keluarga Saya



Adik Beradik saya

Saya dan Suami tercinta

Keluarga besar saya

Bersama mak saudara dan sepupu-sepupu




No comments:

Post a Comment