Hai semua, salam berkenalan, Saya NOORHASIMA BINTI NOORDIN, MATRIX 258018.
Selamat Datang Ke Dunia saya melalui blog pertama saya untuk pembelajaran saya dalam subject komputer.
Kisah peribadi saya hanya untuk share pengalaman hidup saya. Diharap anda yang membaca memikirkannya dari sudut positif.
Terima Kasih kerana sudi membacanya.
Hai Semua, Saya NOORHASIMA BINTI NOORDIN berumur 42 tahun,Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak sekarang saya menetap di Johor Bahru hampir 12 tahun. Saya mula mengenal sukan hoki sejak dibangku sekolah rendah ketika berumur 10 tahun. Bakat saya telah dicungkil oleh Cikgu Zainuddin setelah cikgu saya mengesan dari sudut pukulan saya yang kuat dan cara saya memegang kayu dengan betul.
Sejak dari itu darjah 4 saya telah mewakil sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Talang seterusnya ke peringkat Daerah dan Negeri pada usia 12 tahun. Pertandingan MSSM pada tahun 1988 telah diadakah di negeri Johor, untuk pertama kali jua saya belajar berdikari berjauhan dengan keluarga.
Sekolah Menengah Saya Di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom saya telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi kejohanan peringkat sekolah. Seterusnya saya terpilih mewakili peringkat Daerah Kuala Kangsar dan ke Peringkat Negeri Perak.
REKOD PENYERTAAN KEJOHANAN
Rekod 1988 Hingga 1995
Rekod 1996 Hingga sekarang
Pasukan Perak Sumak Pahang 1996 Tempat ke 3
Pesta Hoki USM Penang 1995 Menang Tempat Ke 3
Pasukan Tenaga Nasional Berhad 1998
Pasukan X-Silver 2005
Bersama Suami Yang Sentiasa Menyokong
Pasukan X-Silver berkumpul setahun sekali di Pesta Hoki International USM Penang
Video aksi saya sekarang walaupun saya tidak selincah dulu tapi alhamdulliah diusia begini saya masih dapat lagi bermain sukan yang saya minati dari kecil.
Pembabitan Hoki Sekarang
Sukan hoki saya dapat diteruskan dengan menyertai pertandingan kecil yang diadakan di dalam Negara. Dengan itu saya telah mengumpulkan kawan-kawan zaman seperjuangan semasa mewakil negeri Perak dan kami menamakan pasukan kami X-Silver dan kami cuba berkumpul sekurang-kurangnya setahun sekali untuk bermain di Pesta Hoki Internasional USM 7 sebelah yang diadakan setiap hujung tahun.
Dengan cara ini hubungan kami sentiasa akrab walaupun kami tinggal merata, ada di Perak, Kuala Lumpur dan saya di Johor kami dapat berkumpul dan melepaskan rindu sambil bermain hoki.
X-Silver Pesta Hoki International USM Penang 2017
Pada awal tahun 2017, X-Silver telah menyertai Kejohanan Pasir Gudang yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan X-Silver mendapat tempat ke 3, kemenangan yang tidak diduga dengan tanpa latihan dan kami hanya bermain untuk suka-suka.
Memandangkan X-Silver agak susah juga untuk kerap menyertai mana-mana pertandingan disebabkan faktor kami yang duduk berjauhan dan faktor masa. Saya telah menyertai pasukan kedua saya iaitu MPPG Ladies. Sejak dari kejohanan itu saya telah mengenali En Shahriman orang kuat hoki MPPG dan sebagai yang paling tua saya bantu pasukan MPPG Ladies untuk lebih mantap. Kami telah menyertai Kejohonan Hoki Liga Johor dan mendapat tempat ke 5.
Dengan pasukan MPPG saya dapat lebih kerap bermain dengan menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan sekitar Johor.
MPPG Ladies Menyertai Liga Hoki Johor 2017
MPPG Ladies Menyertai Liga Hoki Komuniti Pasir Gudang Mac 2018
MPPG Ladies Juara Liga Hoki Komuniti Pasir Gudang Mac 2018
MPPG Ladies Menyertai Kejohanan Labour Day 05 Mei 1998
Kejohanan Labour Day Mendapat Tempat Ke 3
Akhirkata
Saya amat bersyukur 32 tahun saya dalam sukan ini yang telah menjadi sebahagian jiwa saya. Dalam sukan ini secara tidak langsung saya mempunyai ramai kawan dapat bersosial dengan cara sihat. Merapatkan hubungan antara anak-anak saya kerana ianya selalu menjadi topik perbualan antara kami. Saya juga amat bersyukur dijodohkan dengan Abdul Razak Arshad yang sentiasa menyokong saya dari muda ke tua walaupun suami saya bukan dalam bidang sukan yang sama beliau juga mempunyai asas sukan kerana sukan beliau adalah ragbi.
Sejarah paling bermakna saya dan anak-anak dapat menyertai dalam 1 kejohanan besar bersama iaitu di Pesta Hoki Internation USM Penang pada tahun 2017. 3 hari kami berkampung di padang yang mana saya menyertai Kategori Open, Abdul Haq Kategori U15 dan Muhammad Afiq U12. Ianya akan menjadi satu kenangan kami sekeluarga untuk diceritakan pada anak-anak mereka nanti.
Saya akan teruskan bermain selagi saya terdaya. Akhirkata Majulah Sukan HOKI untuk NEGARA 😍😍😍
Kenangan Untuk Cucu Saya Melihat Kehebatan Opah nya heee🙈
No comments:
Post a Comment