Niat Kemajuan Diri
Selepas 24 tahun menamatkan zaman persekolahan, hati saya terbuka untuk merasa belajar suasana di Universiti. Saya daftar di Universiti Utara Malaysia, Cawangan Johor Bahru.
Pada mulanya perasaan saya sangat terasing dan tiada keyakinan diri boleh ke saya belajar dengan tahap pendidikan yang tinggi ini dan dikelilingi adik-adik yang muda-muda. Saya amat beruntung dan bersyukur kerana kumpulan saya sangat membantu saya untuk memahami pembelajaran yang diterangkan oleh Pensyarah. Setelah masuk ke Semester ke 2 perasaan saya semakin seronok dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan masa.
Terbaik
ReplyDelete