Thursday, July 12, 2018

Kelab Johor Hoki Akademi

Jurulatih

Pada suatu Cikgu Shukri Sekolah Afiq minta bantuan saya untuk menunjukkan cara pukulan yang betul di Stadium hoki Taman Daya. Semasa menunggu giliran padang saya melihat ramai budak pelbagai peringkat umur dan sedang berlatih selepas mereka habis latihan saya bertanya dengan salah seorang Ibu yang menunggu dan minta saya berjumpa dengan Mr Suresh Singh. Bermula dari itu saya berkenalan dengan Mr Suresh dan Kelab yang dikelola oleh beliau dan saya telah menyertai kelab Johor Hoki Akademi (JHA) tersebut dan juga sebagai komuniti juga membantu mengajar mencurahkan pengalaman yang ada. Hampir setahun lebih saya dan anak-anak telah sertai kelab JHA. 

JHA telah membantu anak-anak yang berminat hoki dari 5 tahun hingga 18 tahun dan disokong kuat oleh ibu bapa yang sangat membantu kelab dari segi tenaga dan wang ringgit. Dengan adanya Kelab JHA anak-anak dapat meningkatkan 'Skill' mereka kerana Kelab ini mengadakan latihan setiap hari Sabtu dari pukul 8 hingga 10 pagi. JHA juga memberi pendedahan anak-anak dengan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan mana-mana pihak. 



Sejak saya dan anak-anak menyertai kelab ini anak-anak saya dengan cepat memahirkan penguasan 'skill' dan cara bermain juga menyertai pelbagai kejohanan. Saya juga secara tidak langsung dapat mencurahkan pengalaman saya dan 'exercise' menjaga kesihatan saya.

Kelab Johor Hoki Akademi

Saya bersama coach Suresh Singh

Membimbing mereka


Dari sekolah Angkatan Tentera

Pengalaman dikongsi

Mengajar macamana nak bolos

Selepas selesai latihan kami 'cooling down' bersama

Bersama ibu bapa yang sangat awesome

Barisan ibu yang sentiasa menyokong anak mereka





Bagi mereka yang ingin menyertaikan Kelab Hoki Johor Akademi adalah sangat digalakan. Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut atau mengikuti kami di Pages Facebook https://www.facebook.com/jbhockeyclub/ 



No comments:

Post a Comment