Thursday, July 12, 2018

Air Laut


Pulau Kapas, Terengganu

Bagi Pencipta laut, Pulau Kapas wajib pergi untuk melihat keindahan dan keunikannya. Saya Sekeluarga memang sudah jatuh cinta dan berniat untuk mengulangi ke sana.

Pulaunya tidak lah besar tetapi mempunyai keindahan pantai dan air laut nya yang sangat jernih. Pengalaman berkhemah, memanjat bukit, terjun di jati, bergotong royong memasak, menyelam melihat anak-anak ikan dan terubu karang yang masih dijaga dengan baik. 

nelayan Kapas heee

seronok bermalam di khemah

hari balik berat nak tinggalkan

Nak merasa konon bini nelayan

Airnya sangat jernih


Seronok Terjun 

Berkelah beramai-ramai memang menyelerakan

Aksi Terjun Cik Suami ku

3 hari 2 malam padat dengan aktiviti yang saya dan keluarga lakukan terutama anak-anak celik jer mata terus ke laut hanya 200 meter sahaja dari khemah nak ajak naik makan pun payah. 

Siang...aktiviti mandi..berkayak...terjun..bermain bola tampar..mencari harta karun...malam BBQ...menyanyi memang best sebab adik saya Mazuin yang pelankan semua jadual yang tidak membosankan.

Pulau Kapas Mu tunggu aku datang lagi....

Kelab Johor Hoki Akademi

Jurulatih

Pada suatu Cikgu Shukri Sekolah Afiq minta bantuan saya untuk menunjukkan cara pukulan yang betul di Stadium hoki Taman Daya. Semasa menunggu giliran padang saya melihat ramai budak pelbagai peringkat umur dan sedang berlatih selepas mereka habis latihan saya bertanya dengan salah seorang Ibu yang menunggu dan minta saya berjumpa dengan Mr Suresh Singh. Bermula dari itu saya berkenalan dengan Mr Suresh dan Kelab yang dikelola oleh beliau dan saya telah menyertai kelab Johor Hoki Akademi (JHA) tersebut dan juga sebagai komuniti juga membantu mengajar mencurahkan pengalaman yang ada. Hampir setahun lebih saya dan anak-anak telah sertai kelab JHA. 

JHA telah membantu anak-anak yang berminat hoki dari 5 tahun hingga 18 tahun dan disokong kuat oleh ibu bapa yang sangat membantu kelab dari segi tenaga dan wang ringgit. Dengan adanya Kelab JHA anak-anak dapat meningkatkan 'Skill' mereka kerana Kelab ini mengadakan latihan setiap hari Sabtu dari pukul 8 hingga 10 pagi. JHA juga memberi pendedahan anak-anak dengan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan mana-mana pihak. 



Sejak saya dan anak-anak menyertai kelab ini anak-anak saya dengan cepat memahirkan penguasan 'skill' dan cara bermain juga menyertai pelbagai kejohanan. Saya juga secara tidak langsung dapat mencurahkan pengalaman saya dan 'exercise' menjaga kesihatan saya.

Kelab Johor Hoki Akademi

Saya bersama coach Suresh Singh

Membimbing mereka


Dari sekolah Angkatan Tentera

Pengalaman dikongsi

Mengajar macamana nak bolos

Selepas selesai latihan kami 'cooling down' bersama

Bersama ibu bapa yang sangat awesome

Barisan ibu yang sentiasa menyokong anak mereka





Bagi mereka yang ingin menyertaikan Kelab Hoki Johor Akademi adalah sangat digalakan. Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut atau mengikuti kami di Pages Facebook https://www.facebook.com/jbhockeyclub/ 



Kembali Menjadi Pelajar

Niat Kemajuan Diri

Selepas 24 tahun menamatkan zaman persekolahan, hati saya terbuka untuk merasa belajar suasana di Universiti. Saya daftar di Universiti Utara Malaysia, Cawangan Johor Bahru. 

Pada mulanya perasaan saya sangat terasing dan tiada keyakinan diri boleh ke saya belajar dengan tahap pendidikan yang tinggi ini dan dikelilingi adik-adik yang muda-muda. Saya amat beruntung dan bersyukur kerana kumpulan saya sangat membantu saya untuk memahami pembelajaran yang diterangkan oleh Pensyarah. Setelah masuk ke Semester ke 2 perasaan saya semakin seronok dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan masa.

Kad matrik yang canggih

Kumpulan yang always awesome saling bantu membantu


Korea Best

Luas Pandangan

Jeju, Korea
Kami sekeluarga suka melihat keindahan ciptaan bumi Allah. Di musim  cuti sekolah kami mencari ruang untuk melancong sekurang-kurangnya setahun sekali.

Apabila melihat negara orang dari sudut adat resam, budaya, makanan dan cara mereka sedikit sebanyak membuka minda kami anak beranak untuk lebih memahami kehidupan mereka. Saya dan keluarga amat beruntung terutama anak saya dapat melihat dan dapat membandingkan bertapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia.

Alhamdulliah pada 5-24 Mac 2018 kami sekeluarga diberi rezeki sekali lagi menjejak kaki ke bumi Busan & Jeju, Korea Selatan. Keseronokan terpapar jelas diwajah Haq dan Afiq kerana suka di musim sejuk di sana. Niat mereka ini kali untuk merasa kesejukan salji beruntung mereka saya dapat merasa di usia 42 tahun tapi tetap bersyukur dapat gak merasa. Bagi yang tidak tahan kesejukan pastikan pakai baju sejuk yang baik kualitinya.

Alhamdulliah dapat juga tengok bunga Sakura

Bagi yang ingin menjejak kaki ke Jeju terutama di musim sejuk dinasihati membawa bekalan makanan secukupnya. Macam kami tinggal di guest house membolekan kami masak dan membawa bekalan kerana di jeju agak sukar juga untuk mendapatkan makanan halal jika dibandingkan dengan Seoul. Lagi pun bagi saya jika ada bekalan makana ianya tidak menggangu masa perjalanan bila lapar makan aja bila-bila masa. Bekalan coklat juga amat penting kerana coklat membantu kita memberi tenaga maklumkan berjalan sehari suntuk banyak tenaga diperlukan.


Kepuasan walaupun simple beli makanan agak mahal juga disana


Ada rezeki pasti Jeju kami sekeluarga akan ulang kembali kerana tempat yang best banyak tempat pemandangan menarik. 

Gamcheon Culture Village nengok umah asalnya kampung nelayan




Raya Sedondong

Raya Meriah

Keluarga sebelah mak saya sangat meriah beraya dengan sepakat bersama beraya dengan baju raya sama warna raya sendondong. Ianya telah menjadi tradisi sejak tahun 2014. 

Adik beradik mak ada 5 orang, mak merupakan anak kedua. Bayangkan 3 generasi kami berpakat bersama dari level bapa saudara, sepupu dan anak saudara. Saban tahun seronok bergambar dengan pelbagai aksi dengan baju sendondong kami. Secara tidak langsung kemeriahan raya dapat dirasai dan silatulrahim menjadi semakin rapat.

Hari Raya Aidil Fitri 2014, Tema Ungu


tema purple tp belum pandai pakat

ungu ada silap colour meroh heee

 Raya 2015-Tema Hijau & Oren


adik beradik mak saya

tema hijau mcm2 colour hijo

kain ni saya beli di bandung

 Raya 2016 - Tema Kuning & Merah

Kami posing depan umah mak saya

sepupu perempuan

tahun ni adik beradik saya semua ada

 Raya 2017-Tema 'Royal Blue & pink'

3 Generasi

Keluarga besar saya

geng lelaki comei je pakai pink
Geng Perempuan sepupu sepapat

Raya 2018- Tema Mangeta & Grey


I Love So much my very big family

esem dengan baju melayu ala ala pink heee

tahun ni geng perempuan berjaya sepakat 

Raya tahun depan 2019, kami sudah berpakat nak pakai colour gold & ungu pilihan sepupu saya Marzuq....tungguuu....

Wednesday, July 11, 2018

Anak Ku dan Hoki

Bakat Ikut Ibu

Hai cerita hoki lagi ini kali cerita anak-anak saya lak dengan dunia hoki mereka 😍Minat saya dalam sukan hoki turut diikuti oleh kedua anak lelaki saya iaitu Abdul Haq 14 tahun dan Muhammaad Afiq 12 tahun. 

Mereka sejak kecil selalu mengikuti ibunya ke padang hoki. Mereka telah menyertai pelbagai pertandingan dibawah kelab dan selain pertandingan sekolah.



Abdul Haq dan Muhammad Afiq

Sukan Hoki merapatkan lagi hubungan kami seperti kawan baik

Abdul Haq Sertai Pertandingan Labour Day Mei 2018

Muhammad Afiq sertai Kejohanan U11 di UTHM Sep 2017

Haq dan Team U15 Pesta Hoki USM International 2017

Afiq dan Team U12 Pesta Hoki USM International 2017

Ibu dan X-Silver Kategori Women Open Pesta Hoki USM International 2017
Ibu doakan anak-anak ibu terus cemerlang dalam dunia sukan hoki dan dapat mencorak keperibadian menjadi seorang yang berdisplin, semangat, pandai bergaul, menghormati dan semuanya yang terbaik buat kalian.


sila klik Hoki Malaysia

sila klik Pemain Malaysia Mirnawa Nawawi

Masakan

Suka Masak

Sebagai seorang ibu dan isteri tugas memasak menjadi satu rutin harian dan menjadi kewajipan untuk membahagia dan merapatkan keluarga dengan kasih sayang melalui masakan.

Saya akan sharekan beberapa resipi yang menjadi menu keluarga saya yang saya pelajaran dari orang tua saya.





Rendang Dendeng bonda Wan

Bahan2

Daging sekilo
Bawang kecil sekilo
Bawang putih 2 labu
Halia sebesor tapak tangan
Serai muda 4-5 btg 
Cili kisar (dikisar kasar2)
Sos cili 
Sos tomato
Asam jawa
Garam 
Kicap kipas udang
Gula

Caranya

Daging direbus, dipotong, ditumbuk, perap kicap, digoreng (jgn lama). 

Bawang merah, bawang putih, halia, digoreng 1 per 1.

Step goreng
Goreng Halia angkat
Goreng BP angkat
Goreng BM angkat
Goreng daging angkat

Baki minyak yg sama tumis cili, taruk Sos cili, Sos Tomato, gula, garam dan masukkan semua bahan2 yg digoreng td gaul hingga rata siap selamat mencuba😍



tempoyak lauk kegemaran saya dan keluarga...

Persatuan Ku

Pelitawanis TNB


TNB mempunyai 1 persatuan untuk pekerja wanita dan isteri pekerja digabungkan di bawah Persatuan Pelitawanis. Saya sangat aktif kerana dalam persatuan saya dapat menjalinkan silatulrahim antara pekerja wanita dan isteri-isteri pekerja. Cawanan Pelitawanis JB saya memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha dan Biro Media.


Barisan Ahli Jawatankuasa 2018

Carta AJK 2018


Sejarah Pelitawanis TNB

Peliwatanis LLN yang ditubuhkan pada 15 Februari 1976 dan didaftarkan pada 1 Jun 1978 sekarang dikenali sebagai PELITAWANIS TNB mulai 15 Ogos 1998 di dalam perlembangaan baru. Pengasas pertubuhan ini ialah Y.Bhg Puan Sri Datin Zaidah binti Abu Bakar. 

Aktiviti pertama yang mendapat sambutan yang hangat ialah penubuhan sebuah Tadika, khas untuk anak-anak anggota kerja dan golongan rendah diikuti dengan penubuhan sebuah perpustakaan.

Visi & Misi

Visi kami ialah untuk menjadi diantara Persatuan Wanita yang Terunggul dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat

Misi kami ialah untuk menjadi wanita yang berwawasan dan berdaya saing supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat sejagat.