TNB mempunyai 1 persatuan untuk pekerja wanita dan isteri pekerja digabungkan di bawah Persatuan Pelitawanis. Saya sangat aktif kerana dalam persatuan saya dapat menjalinkan silatulrahim antara pekerja wanita dan isteri-isteri pekerja. Cawanan Pelitawanis JB saya memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha dan Biro Media.
![]() |
Barisan Ahli Jawatankuasa 2018 |
![]() |
Carta AJK 2018 |
Sejarah Pelitawanis TNB
Peliwatanis LLN yang ditubuhkan pada 15 Februari 1976 dan didaftarkan pada 1 Jun 1978 sekarang dikenali sebagai PELITAWANIS TNB mulai 15 Ogos 1998 di dalam perlembangaan baru. Pengasas pertubuhan ini ialah Y.Bhg Puan Sri Datin Zaidah binti Abu Bakar.
Aktiviti pertama yang mendapat sambutan yang hangat ialah penubuhan sebuah Tadika, khas untuk anak-anak anggota kerja dan golongan rendah diikuti dengan penubuhan sebuah perpustakaan.
Visi & Misi
Visi kami ialah untuk menjadi diantara Persatuan Wanita yang Terunggul dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat
Misi kami ialah untuk menjadi wanita yang berwawasan dan berdaya saing supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat sejagat.
No comments:
Post a Comment