Thursday, July 12, 2018

Korea Best

Luas Pandangan

Jeju, Korea
Kami sekeluarga suka melihat keindahan ciptaan bumi Allah. Di musim  cuti sekolah kami mencari ruang untuk melancong sekurang-kurangnya setahun sekali.

Apabila melihat negara orang dari sudut adat resam, budaya, makanan dan cara mereka sedikit sebanyak membuka minda kami anak beranak untuk lebih memahami kehidupan mereka. Saya dan keluarga amat beruntung terutama anak saya dapat melihat dan dapat membandingkan bertapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia.

Alhamdulliah pada 5-24 Mac 2018 kami sekeluarga diberi rezeki sekali lagi menjejak kaki ke bumi Busan & Jeju, Korea Selatan. Keseronokan terpapar jelas diwajah Haq dan Afiq kerana suka di musim sejuk di sana. Niat mereka ini kali untuk merasa kesejukan salji beruntung mereka saya dapat merasa di usia 42 tahun tapi tetap bersyukur dapat gak merasa. Bagi yang tidak tahan kesejukan pastikan pakai baju sejuk yang baik kualitinya.

Alhamdulliah dapat juga tengok bunga Sakura

Bagi yang ingin menjejak kaki ke Jeju terutama di musim sejuk dinasihati membawa bekalan makanan secukupnya. Macam kami tinggal di guest house membolekan kami masak dan membawa bekalan kerana di jeju agak sukar juga untuk mendapatkan makanan halal jika dibandingkan dengan Seoul. Lagi pun bagi saya jika ada bekalan makana ianya tidak menggangu masa perjalanan bila lapar makan aja bila-bila masa. Bekalan coklat juga amat penting kerana coklat membantu kita memberi tenaga maklumkan berjalan sehari suntuk banyak tenaga diperlukan.


Kepuasan walaupun simple beli makanan agak mahal juga disana


Ada rezeki pasti Jeju kami sekeluarga akan ulang kembali kerana tempat yang best banyak tempat pemandangan menarik. 

Gamcheon Culture Village nengok umah asalnya kampung nelayan




1 comment: